BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 12 November 2010

KEPUTUSAN UPSR DAN PSRA 2010

KAMI DARI WARGA SRIP SHAH ALAM INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR TAHUN ENAM 2010 YANG TELAH MENDAPAT 5A DAN MUMTAZ . KEPUTUSANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

AHMAD ZAKI ASSYATIRI:5A&JAYYID JIDDAN
HARISSA SYAZANA:5A&JAYYID JIDDAN
SAHIRA ILANI:4A 1B &MUMTAZ
MARYAM:4A 1B &MUMTAZ
NURAINA NAZIRAH:3A 2B &MUMTAZ
NUR HUSNINA:3A 2B &JAYYID
KHAIRUL HISHAM:3A 2B &JAYYID
IRFAN ZAFRI:2B 3C&MAQBUL
LUQMAN HARBI:1C2D2E&T-

Isnin, 8 November 2010

Jamuan Perpisahan Tahun Enam

cantiknyer...............juara ni
wahh....macam meja kat hotel
INI MEJA VIP TAU
sedapnyer.

Pada 8 November 2010 murid tahun enam telah mengadakan jamuan perpisahan.Pelbagai acara telah dianjurkan seperti meja yang tercantik,kad dan lukisan yang tercantik,pertukaran hadiah dan lain-lain.Semua murid dan guru berasa gembira pada hari tersebut.Diharap kenangan tersebut sentiasa berada dalam ingatan kita.

Isnin, 1 November 2010

kenangan lawatan tahun enam


Pada 30 Oktober 2010,pelajar tahun enam (SRIP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PETROSAINS.Rombongan ini diikuti oleh tujuh orang pelajar dan empat orang guru.Banyak juga pameran yang dipamerkan.

Setelah habis melawat,kami berkelah di Taman Tasik Titiwangsa yang berhampiran dengan Kuala Lumpur.Pelbagai juadah yang dibawa oleh para pelajar dan guru.

~Sekian~

Khamis, 28 Oktober 2010

majlis sambutan hari raya 1331 hijr

Sempena hari raya aidilfitri 1331 hijrah,Sekolah Rendah Islam Pintar telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Acara yang diadakan pada hari tersebut ialah jamuan Hari Raya , pertandingan kad raya dan majlis penyampaian duit raya oleh yang berbahagia pengurus Srip Shah Alam Puan Hajah Rusnani Bt Ahmad.Semua pelajar gembira pada hari tersebut.

oleh:AHMAD ZAKI (EDITOR BLOG SEKOLAH 2010)

Rabu, 27 Oktober 2010

PENDAFTARAN TAHUN 2011

Tempat Adalah Terhad

20 pelajar satu kelas

CEPAT2!!!

(SIAPA CEPAT DIA DAPAT)

(Pendaftaran 2012 juga dibuka)

Kenangan Tahun 6 (2010)


Pada tahun ini seramai 9 orang pelajar tahun 6 yang telah menduduki UPSR dan PSRA dan moga-moga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.Pelajar tahun 6 terdiri daripada Muhammad Irfan Zafri,Nur Aina Nazirah,Khairul Hisyam,Nur Husnina,Harissa Shazana,Sahira Ilani,Lukman Harbi,Ahmad Zaki Assyatiri, Maryam , Ahmad Afiq dan 'Amirul Hakeem.Pelbagai acara telah dianjurkan kepada mareka seperti jamuan hari guru,lawatan akhir tahun,jamuan perpisahan dan lain lain lagi. Diharapkan pelajar seronok dengan pelbagai acara yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.Semoga kenangan mereka bersama dengan guru-guru tetap dalam ingatan.


Jemputan Majlis Ithifal ~2010~


Assalamua'laikum W.B.T.

Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya,kami bagi pihak sekolah ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Ithifal sekolah kami.

2.Berikut adalah butiran yang berkaitan majlis tersebut:-

Hari :Ahad

Tarikh :14 November 2010

Tempat:Kelab Rekreasi Tentera Udara(KRTU SHAH ALAM)

Masa :8.00 a.m - 1.00 p.m

3.Sehubungan dengan itu,pihak kami amat berharap agar tuan/puan dapat menghadiri majlis tersebut.Sebarang pernyataan boleh menghubungi pihak sekolah.

Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
SALIZA BINTI BADRI
(Pengarah Ithifal 2010 Srip Shah Alam)